Total Lockdown | Surat kebenaran kini dari pusat sehenti MITI

2022-03-24 0

Surat kebenaran beroperasi bagi semua sektor perkhidmatan perlu ketika sekatan pergerakan penuh bermula 1 Jun ini akan dikeluarkan menerusi sebuah pusat sehenti, atau one stop centre yang diselaraskan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).
Surat hanya akan dikeluarkan setelah mendapat pengesahan kementerian-kementerian yang mengawal selia sektor tertentu.